Selamat datang ke laman web rasmi

Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia

(ExPOAM)

Mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat muhibbah antara ahli persatuan dengan pegawai penjara yang masih berkhidmat di samping menjaga kehormatan diri serta nama baik dalam masyarakat.

Tujuan Penubuhan

01

02

03

Membantu ahli persatuan, keluarga serta tanggungan dalam setiap aspek yang diperlukan.

Menjalankan perniagaan atau aktiviti yang boleh meningkatkan tabung persatuan tanpa melanggar peraturan/ undang-undang.

Visi

Menjadikan Expoam sebagai sebuah persatuan pesara Kerajaan yang unggul dan berwibawa dan dihormati semua pihak dalam memperjuangkan Kebajikan, kesejahteraan serta kepentingan pesara penjara yang menjadi ahli.

  • Memperjuangkan Kebajikan dan hak ahli.

  • Memperkukuhkan perpaduan sesama ahli.

  • Meningkatkan kualiti hidup ahli melalui program-program sosial, pendidikan, kursus dan latihan.

  • Menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian/ Jabatan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta demi faedah ahli.

Misi

Peranan ExPOAM

Memperjuangkan Kebajikan Ahli

Membantu menangani isu kebajikan, kemudahan dan kepentingan ahli.

Menjadi Wadah Suara Ahli

Menyampaikan pandangan dan permasalahan ahli kepada kerajaan/ agensi berkaitan

Menyediakan Khidmat Sokongan

Memberikan maklumat, nasihat dan bantuan berkaitan perkara yang melibatkan kepentingan ahli

Menganjurkan aktiviti sosial & kemasyarakatan

Megeratkan silaturahim serta menggalakkan penglibatan ahli

Menggalakkan Gaya Hidup Aktif dan Sihat

Melalui program kesihatan, sukan dan rekreasi

Menjalinkan Kerjasama Stategik

Dengan kerajaan, NGO, pihak swasta dan organisasi lain yang berkaitan

Memanfaatkan Pengalaman Ahli

Menggalak ahli menyumbang kepakaran, pengalaman dan kemahiran kepada masyarakat

Aspirasi ExPOAM

Meningkatkan imej dan kredibiliti persatuan di peringkat negeri dan kebangsaan

Sasaran ExPOAM

  • Menambah keahlian sekurang-kurangnya 10 peratus setiap tahun.

  • Menganjurkan sekurang-kurangnya 6 program kebajikan, sosial, kesihatan atau pembangunan ahli setiap tahun.

  • Menyedia bantuan kebajikan kepada ahli yang layak mengikut kemampuan kewangan persatuan.

  • Mengadakan sekurang-kurangnya 2 sesi dialog atau libat urus dengan agensi kerajaan berkaitan hal ehwal pesara setiap tahun.

  • Menjalin kerjasama dengan badan kerajaan, swasta dan NGO bagi melaksanakan program yang boleh memberi manfaat kepada ahli.

  • Menyedia saluran komunikasi yang berkesan bagi menyampai maklumat, dasar dan peluang kepada ahli.

  • Menggalakkan ahli menyumbang kepakaran dan pengalaman dalam program pembangunan masyarakat serta bimbingan kepada generasi muda.

Memelihara & meningkatkan kebajikan ahli.

Memperkukuh semangat perpaduan & persaudaraan dalam kalangan ahli

Menjadi wadah rasmi yang mewakili suara & kepentingan pesara penjara

Menggalak penglibatan ahli dalam aktiviti kemasyarakatan, kesukarelawanan & pembangunan komuniti